faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SYABAS KEPADA PARA PENERIMA KURNIAAN ANUGERAH SEMPENA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN DAN JASAMU DIKENANG MAIK

Tahniah diucapkan kepada kesemua 42 penerima kurniaan penghargaan yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semalam.

Syabas kepada 29 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi prestasi tahun 2021 dan tahniah juga buat 8 kakitangan yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Taat (APT) MAIK bagi tahun 2021 sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Dan Jasamu Dikenang MAIK.

Majlis penuh bersejarah buat para penerima tersebut telah diadakan di Dewan Tok Kenali, MAIK yang turut dihadiri Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman dan Yang Berusaha Encik, Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.

Pada majlis sama, pihak MAIK turut memberikan penghargaan kepada tiga bekas kakitangan MAIK yang telah bersara sebagai mengenang bakti mereka selama ini yang banyak memberikan sumbangan kepada MAIK.

Selain itu, buat julung-julung kalinya, pihak MAIK memberikan pengurniaan Anugerah Khas Pencapaian Kutipan Zakat (Masjid). Masjid Ismail Petra Tanah Merah dan Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan telah menerima kurniaan penghargaan Anugerah Khas Pencapaian Kutipan Zakat Tertinggi Tahun 2021.

Semoga pengurniaan pengiktirafan ini memberikan motivasi kepada penerima dan juga warga MAIK lain untuk terus bekerja dengan lebih cemerlang serta berjiwa murni.

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini219
Kelmarin2407
Minggu Ini19110
Bulan Ini219
Jumlah Pengunjung29304836

A- A A+