
2 ANAK OKU RENTUNG...MAIK HULURKAN SUMBANGAN BUAT KELUARGA
Al-Fatihah dan salam takziah kepada kak Rumiah binti Ismail di atas pemergian dua anak istimewanya serentak malam tadi dalam kejadian kebakaran di Kampung Chepa, Mentuan, Kota Bharu.
Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, yang mengalami kemurungan dan adik bongsunya, Aisyah Ab Halim, 21, juga OKU sindrom down tidak dapat diselamatkan dan ditemukan rentung dalam kejadian sekitar jam 8.45 malam itu.
Ketika kejadian, kak Rumiah tiada di rumah. Dia tinggalkan dua anaknya di rumah. Kak Rumiah solat berjemaah di masjid berdekatan rumahnya.
Setelah mendapat tahu tragedi tersebut, kami yang diwakili Al-Fadhil Ustaz Haji Baharin bin Yusoff selaku Imam Tua Masjid Assalam Pengkalan Chepa pada malam kejadian telah segera menziarahi keluarga tersebut.
Ketika kami sampai mayat masih belum dibawa keluar. Ibu mangsa dan ahli keluarga masih berada dalam keadaan terkejut. Kami telah menyampaikan sumbangan segera berjumlah RM2,000 kepada ibu mangsa.
Kami doakan semoga semua mangsa yang terlibat bersabar atas ujian ini. Insha Allah akan digantikan dengan anugerah yang lebih baik daripada ALLAH SWT. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.