faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

AIR MATA SEORANG ISTERI…

Pada 16 Oktober 2023, kami ke Kampung Tanjong Che Mas, Tumpat. Kami dimaklumkan keluarga ini perlukan bantuan untuk menampung kos perubatan suaminya yang menderita sakit jantung dan juga strok sebelah kanan badan hampir 9 tahun.

Kedatangan kami disambut dengan senyuman dan riak wajah yang ceria. Setelah masuk ke dalam rumah, kami melihat seorang lelaki yang dipasangkan tiub di hidungnya duduk di atas katil.

Tiba-tiba si isteri, Nor Asyikin Harjit binti Abdullah, 59, memberitahu, si suami baru sahaja beberapa minit lepas terjatuh dari katil. ALLAHUAKBAR terkejut kami. Dah lah dia strok, ada darah beku di kepala, sakit jantung lagi.

Si suami, Azman bin Abduillah, berumur 56 tahun tidak dapat berkata apa-apa. Dia memang tidak boleh bercakap. Dia hanya mampu merenung kami dan menangis.

Menceritakan kisah hidup mereka, Kak Nor memberitahu kami, dia mempunyai 5 anak, salah seorang daripadanya terpaksa berhenti belajar di sebuah universiti di Kelantan kerana masalah kewangan.

Anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Dia terpaksa bekerja sambilan untuk menampung pengajian. Tidak mahu susahkan keluarga. Anak-anaknya yang lain kerja biasa.

Bercerita mengenai anak-anak dan keadaan suami, Kak Nor tidak dapat menahan kesedihan. Air mata seorang isteri dan ibu akhirnya gugur. Dia sedih. Dia tidak dapat mencari rezeki. Sejak suaminya sakit, dia tidak boleh tinggalkan suaminya sendirian. Dia kerap jatuh. Lagi bahaya.

Sejak suaminya sakit, anak-anak yang banyak membantu. Tapi berkongsi gaji bulanan sekadar yang mampu untuk membeli keperluan dapur dan susu si ayah. Nak kongsi banyak pun tidak boleh, masing-masing ada komitmen. Ada juga yang menghadapi masalah. Gaji dibayar pula tidak menentu.

Selain anak-anak, Kak Nor juga turut dibantu oleh jiran-jiran, sanak-saudara dan juga pihak masjid. Alhamdulillah, ALLAH SWT permudahkan urusan mereka, kerana si suami semasa sihatnya banyak berbakti kepada mereka yang susah. Dia juga seorang tukang kebun dan sukarelawan di Masjid Ismaili Bandar Tumpat.

Cuma Kak Nor paling terkesan, dia perlu menyediakan lampin pakai buang dan susu khas yang menelan belanja kira-kira RM1,500 sebulan. Di mana dia nak cari duit, nak pastikan si suami tidak terputus bekalan susu? Sampai bila Kak Nor nak bergantung dengan sumbangan jiran-jiran. Begitu besarnya ujian Kak Nor.

Jadi hari ini, YBrs. Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK mewakili pembayar zakat MAIK telah menggembirakan keluarga Kak Nor. Kami sampaikan Bantuan Perubatan berjumlah RM3,000.

Bukan itu sahaja, para pembayar zakat MAIK tidak mahu keluarga ini terbeban dengan perbelanjaan perubatan Abang Man. Kami akan tanggung kos bulanan sebanyak RM1,000 setiap bulan. Kami juga sumbangkan bakul makanan.

Berita gembira ini disambut dengan linangan air mata. Bukan sahaja Kak Nor sahaja yang menangis, Abang Man yang tidak mampu berkata apa-apa pun menangis. Mereka menangis tanda bersyukur, ALLAH SWT hadirkan wakil pembayar Zakat MAIK untuk membantu mereka sewaktu kesempitan.

Terima Kasih Pembayar Zakat MAIK.

#MAIK2023

#MAIKPrihatin

#MAIKCaknoSengoti


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini111
Kelmarin3741
Minggu Ini7578
Bulan Ini80640
Jumlah Pengunjung30903812

A- A A+