MAIK HANTAR BANTUAN SEGERA BUAT PENDUDUK PALESTIN
Tragedi hujan peluru, ribuan mati, bermandi darah yang dihadapi penduduk di Semenanjung G4za akibat kezaliman Israel turut dirasai oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Meskipun kejadian tidak berperikemanusiaan dilalui saudara seagama kita jauh di bumi G4za tetapi kami di MAIK tetap usahakan untuk sama-sama membantu mereka di sana.
Oleh itu, sebagai tanggungjawab sesama agama, MAIK dengan segera dan menjadi antara pihak terawal menyalurkan sumbangan.
MAIK tak mampu untuk sampai ke sana kerana jarak membatasi, tetapi kami telah berjaya menyalurkan sumbangan berjumlah RM40,000 menerusi badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach) untuk disampaikan kepada mereka yang amat menderita dan memerlukan di sana.
Misi bantuan MAIK buat rakyat Palestin ini telah direalisasikan dengan bantuan Pengarah Misi Bantuan Kecemasan Emergency Relief G4za Pal3stine, YBrs. Encik Johan Ariff Ismail.
Kami dimaklumkan oleh sukarelawan iReach di sana mereka sudah 10 hari tidak makan dan minum. Bekalan makanan dan air bersih terputus.
Alhamdulillah Maha Besar KuasaMu YA ALLAH...Pada jam 5.45 pagi waktu Malaysia hari ini, bersamaan 19 Oktober 2023, sumbangan berupa makanan sedia dimakan daripada pihak MAIK telah selamat sampai di lokasi perlindungan pelarian di G4za City.
Terima kasih YA ALLAH, Engkau permudah dan percepatkan bantuan kami sampai demi saudara kami di sana. Demi setiap keluarga syuhada dan ahli Ribath di bumi yang ALLAH berkati.
Pihak MAIK amat mengharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat menjadi sumber kekuatan kepada mereka di sana untuk berdepan dengan situasi getir.
Selain daripada sumbangan ini, pihak MAIK juga turut mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin pada 13 Oktober lalu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim seluruh negeri Kelantan.
MAIK juga turut mengadakan kutipan Derma Khas Untuk Pal3stin di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim seluruh negeri Kelantan pada hari tersebut bagi membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Pal3stin serta sebagai lambang solidariti dan ihsan umat Islam susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh rejim Israel.
Sementara itu, Encik Johan Ariff mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIK kerana ini sentiasa cakna dengan nasib rakyat di Palastin dan ini juga adalah bukan bantuan kali pertama disalurkan kepada bumi G4za sejak pergolokkan berlaku di negara tersebut.
Encik Johan Ariff juga berkongsi penghantaran bantuan di Gaz4 kali ini menempuh pelbagai kesukaran termasuk ramai sukarelawan iReach yang pernah membantu setiap tahun terkorban dan rumah mereka musnah sama sekali termasuk ahli keluarga yang terkorban.
Doa warga MAIK dari kejauhan semoga rakyat dan para sukarelawan di G4za dilindungi ALLAH SWT.
Kredit Foto: iReach Malaysia