faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM UKHUWAH AWAL MUHARRAM 1445H BERTEMAKAN “KASIH SAYANG MENYATUKAN INSAN”

Pada 1 Muharram 1445H, bersamaan 19 Julai 2023 telah diadakan Program Ukhuwah Awal Muharram 1445H Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP) sempena mengimarahkan kedatangan bulan mulia tersebut.

Program yang bertemakan Kasih Sayang Menyatukan Insan berkenaan telah berlangsung di KIJPSIP dengan pengisian amat bermakna sepanjang hari bagi menghayati kemuliaan bulan Muharram.

Susunan program ini telah melibatkan kira-kira 200 orang iaitu semua warga KIJPSI, anak-anak yatim Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan warga Maahad Tahfiz MAIK.

Selain bertujuan untuk memberikan kefahaman berhubung kehebatan bulan Muharram dengan penganjuran program sebegini, ia juga dilaksanakan dalam usaha mengeratkan lagi silaturrahim serta semangat kerjasama antara semua pihak berada di sini yang diibaratkan sebagai satu keluarga.

Pengisian program bermula awal pagi lagi dengan solat Subuh berjemaah. Kemudiannya, masing-masing bergotong-royong menyediakan makanan paling popular pada bulan Muharram iaitu bubur asyura.

Paling seronoknya, apabila ada diantara mereka yang tidak pernah mengacau bubur asyura juga ringan tulang untuk mencubanya. Masing-masing mengambil peluang untuk merasai pengalaman menyediakan bubur asyura. Masing-masing saling membantu supaya tiga kawah bubur asyura yang disediakan tidak hangit.

Alhamdulillah pada hari tersebut, cuaca mendung dan masing-masing dapat mengacau bubur asyura di pekarangan parkir pegawai di KIJPSIP dengan baik.

Pada hari sama, kami turut menunaikan solat Zohor berjemaah dan diikuti dengan tazkirah penghayatan bulan Muharram sebelum gotong-royong membungkus bubur asyura diadakan untuk agihan kepada semua yang terlibat.

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2612
Kelmarin3366
Minggu Ini15576
Bulan Ini15576
Jumlah Pengunjung29320193

A- A A+