faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS PENGURUSAN MASJID DAN KEWANGAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA MASJID MUKIM JAJAHAN KUALA KRAI NEGERI KELANTAN TAHUN 2023

Seramai 147 ahli jawatankuasa masjid mukim Jajahan Kuala Krai melibatkan Imam, Setiausaha dan Bendahari Masjid menyertai Kursus Pengurusan Masjid dan Kewangan Peringkat Jajahan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 10 Mac 2023 dan berakhir pada 11 Mac 2023.

Kursus ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 lagi yang mana Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan sebagai penggerak utama kursus ini.

Kursus siri ketujuh ini melibatkan pengurusan masjid mukim peringkat jajahan Kuala Krai yang telah diadakan di Dewan Auditorium Rafflesia, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Perasmian telah disempurnakan YABrs. Tuan Haji Zulkifle bin Ab  Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Hadir sama, YBrs. Dr Noor Marini binti Haji Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM cawangan Kelantan; YBhg. Datin Shaliza binti Muhammad, Assistance Vice President Business Corprate Wholesale Bank Islam Malaysia Berhad; YBrs. Dr Muhammad Ali bin Syafee, Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, AF. Haji Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan dan YBrs. Prof Madya Dr Marziana Madah binti Marzuki, Pengarah Projek Kursus Pengurusan Kewangan dan Integriti Masjid.

Program ini dilaksanakan sebagai pendedahan kepada semua imam dan AJK masjid kepentingan sistem pengurusan kewangan yang berkesan dan sistematik selain memastikan kewangan masjid berada dalam keadaan teratur.

Pada hari terakhir program para peserta diberikan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, MAIK.

flickr

www.flickr.com

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3038
Kelmarin5066
Minggu Ini8104
Bulan Ini31785
Jumlah Pengunjung29336402

A- A A+