faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENDAFTARAN PENGHUNI BAHARU DARUL AITAM MAIK TAHUN 2023

Pada 21 Mac 2023 bersamaan 28 Syaaban 1444H telah berlangsungnya pendaftaran penghuni baharu Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun 2023.

Sesi pendaftaran yang berjalan dengan lancar itu telah diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji (KIJPSIP).

Majlis pendaftaran ini telah melibatkan semua penghuni Darul Aitam MAIK, kakitangan Darul Aitam dan KIJPSIP serta jemputan penjaga-penjaga penghuni baharu yang akan tinggal di Asrama Darul Aitam.

Penghuni baharu Darul Aitam Tahun 2023 adalah seramai 19 orang, terdiri daripada 10 penghuni Darul Aitam Putera dan 9 penghuni Darul Aitam Puteri.

Pada hari pendaftaran juga para penghuni turut mendapat taklimat berkaitan dengan peraturan Darul Aitam MAIK daripada Yang Berusaha Tuan Haji Zammuri bin Salleh dan sebelum pada itu ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Yasman bin Hashim@Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK.

#DarulaitamMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2482
Kelmarin5066
Minggu Ini7548
Bulan Ini31229
Jumlah Pengunjung29335846

A- A A+