faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS PENULISAN LAPORAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT RASMI KEPADA WARGA MAIK

Unit Pengurusan Sumber Manusia Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan Kursus Penulisan Laporan Minit Mesyuarat dan Surat Rasmi Warga MAIK pada 5 dan  Disember 2023 di H-Elite Design Hotel, Kota Bharu.

Penyertaan adalah melibatkan warga MAIK daripada kumpulan pelaksana Gred 19 sehingga 36 yang melibatkan seramai 50 orang bagi setiap sesi dengan mendapat bimbingan Munsyi Bahasa iaitu Yang Berusahaha Haji Mohammed bin Haron.

Kursus ini dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menulis surat rasmi, memo dan minit mesyuarat yang berkesan, sistematik serta berkualiti. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan berkaitan aspek penggunaan tatabahasa yang tepat.

Peserta juga berpeluang mengetahui perkara-perkara yang mesti dilakukan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat termasuklah mengambil nota mesyuarat serta menulis minit secara sistematik.

Konklusinya, kursus ini sangat membantu para peserta untuk memahami fungsi surat rasmi dan minit mesyuarat dalam konteks meningkatkan kecekapan pengurusan dan matlamat jabatan.

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini659
Kelmarin3045
Minggu Ini3704
Bulan Ini3704
Jumlah Pengunjung29308321

A- A A+