faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH LEBIH RM2 JUTA GEMBIRAKAN 16,647 PELAJAR

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan sebanyak RM2,497,050 juta untuk Bantuan Awal Persekolahan membabitkan 16,647 orang pelajar iaitu diberikan kepada 5,910 orang ketua isi rumah.

Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK sempena majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Badan Pertubuhan/Persatuan, Agihan Rumah Kepada Ketua Jajahan, Agihan Fidyah Kepada Imam Masjid Bandar dan Jajahan & Bantuan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2023 di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Yang Berhormat Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kelantan, selaku Pengerusi Masjid Muhammadi dan Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Setiap pelajar menerima RM150. Yang Berhormat Mulia berharap agar sumbangan ini dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak dengan memakai baju baharu dan juga peralatan baharu ke sekolah.

Ia juga sekaligus diharapkan menjadi motivasi untuk belajar dan menguatkan tekad serta iltizam supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya seterusnya keluarga mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan suatu hari nanti.

#MAIK2023

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4207
Kelmarin4019
Minggu Ini27888
Bulan Ini27888
Jumlah Pengunjung29332505

A- A A+