faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK AGIH RM520,000 WANG FIDYAH UNTUK INSAN MEMERLUKAN

Pada hari ini, tanggal 12 Ramadan 1444H, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan wang fidyah berjumlah RM 520 ribu untuk diagihkan kepada mereka memerlukan.

Agihan berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sumbangan itu diserahkan kepada imam-imam masjid negeri, bandar dan jajahan dan disalurkan kepada imam-imam masjid mukim seluruh Kelantan untuk diagihkan kepada mereka memerlukan di mukim masing-masing.

Penyerahan itu adalah bersempena majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Badan Pertubuhan/Persatuan, Agihan Rumah Kepada Ketua Jajahan, Agihan Fidyah Kepada Imam Masjid Bandar dan Jajahan & Bantuan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2023 di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Majlis dihadiri Yang Berhormat Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kelantan, selaku Pengerusi Masjid Muhammadi dan Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Wang fidyah ini yang telah dibayar oleh mereka yang tidak dapat berpuasa kerana halangan-halangan yang tertentu berdasarkan syariat menerusi kaunter baitulmal dan juga atas talian (e-fidyah).

Mereka telah membuat bayaran kepada pihak MAIK dengan keyakinan pihak kami sahajalah yang boleh mengagihkan fidyah kepada golongan miskin dengan lebih teratur dan sistematik.

#FidyahMAIK

#MAIK2023

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4923
Kelmarin4019
Minggu Ini28604
Bulan Ini28604
Jumlah Pengunjung29333221

A- A A+