faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK NAIKKAN HARGA KOS PEMBINAAN RUMAH DEMI KESELESAAN ASNAF DI KELANTAN

Pada 3 April 2023 telah berlangsungnya Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Badan Pertubuhan/Persatuan, Agihan Rumah Kepada Ketua Jajahan, Agihan Fidyah Kepada Imam Masjid Bandar dan Jajahan & Bantuan Awal Persekolahan Bagi Tahun 2023.

Penyampaian sumbangan diadakan di Masjid Muhammadi Kota Bharu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis dihadiri Yang Berhormat Sahibul Fadilah Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Timbalan Mufti Kelantan, selaku Pengerusi Masjid Muhammadi dan Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Pada majlis ini Yang Berhormat Mulia telah menyampaikan replika cek sumbangan agihan rumah kepada ketua-ketua jajahan seluruh Kelantan.

Menjadi tanggungjawab MAIK sebagai agensi rasmi menguruskan hal ehwal zakat negeri Kelantan untuk merancang dan melaksanakan program yang berkesan bagi membantu asnaf memerlukan.

Program agihan sentiasa dipantau dan ditambahbaik agar program dilaksanakan berimpak tinggi dan lebih penting lagi mencapai matlamat yang dihasratkan.

Antara produk utama dalam program agihan MAIK adalah pembinaan dan pembaikian rumah untuk asnaf fakir miskin.

Program ini dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi sehingga sekarang dengan kerjasama pejabat tanah dan jajahan seluruh Kelantan yang bertanggungjawab menyelia dan menguruskan kerja pembinaan sehingga siap.

Sehingga 2022 sebanyak 2,370 rumah berjaya dibina dan disiapkan yang dikhaskan untuk asnaf fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan OKU.

Pada tahun 2023, MAIK telah meluluskan pembinaan sebanyak 191 rumah melibatkan peruntukan sebanyak RM12,705,000 juta dan 102 rumah asnaf untuk dibaiki melibatkan peruntukan RM2,035,000 juta bagi dilaksanakan di 10 jajahan seluruh Kelantan.

MAIK telah memperkenalkan 3 kategori rumah iaitu Bantuan Rumah Kediaman 3 bilik (untuk 1-6 isi rumah), 4 bilik (untuk 7-9 isi rumah) dan 5 bilik (untuk 10 isi rumah ke atas).

Bagi memastikan kualiti pembinaan dan kesiapan mengikut jadual, MAIK juga telah menaikkan harga kos pembinaan pada tahun ini iaitu RM65,000 untuk rumah 3 bilik, RM73,000 bagi 4 bilik dan RM80,000 untuk rumah 5 bilik.

Skim tiga kategori rumah ini menjadikan MAIK adalah sebagai agensi terawal di Malaysia yang memperkenalkan skim bantuan rumah mengikut kapasiti keperluan isi rumah penerima.

Terima kasih pembayar zakat.

#ZakatMAIK

#MAIK2023

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini250
Kelmarin5066
Minggu Ini5316
Bulan Ini28997
Jumlah Pengunjung29333614

A- A A+