faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BANTU MANGSA GEMPA DI AFGHANISTAN

Kami turut menerima perkhabaran duka, yang mana penduduk di wilayah Herat, Afghanistan telah diuji dengan beberapa kejadian gempa bumi beberapa minggu lalu sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga terpanggil untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang turut kehilangan harta benda.

Dari kejauhan, dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) I Relief and Humanitarian Outreach Malaysia (iReach), pihak MAIK telah menyalurkan sumbangan berupa 100 unit selimut kegunaan musim sejuk kepada 50 keluarga terjejas.

Bukan itu sahaja, kami turut hulurkan bantuan untuk menyediakan makanan dan wang tunai bagi membaikpulih rumah-rumah yang rosak akibat gempa.

Bantuan-bantuan ini telah selamat diterima oleh mereka yang memerlukan pada 22 Oktober 2023 lalu.

Beberapa kejadian gempa dilaporkan media antarabangsa telah mengakibatkan 11,000 penduduk terjejas dan 11 perkampungan musnah. MAIK mengharapkan bantuan yang diberikan ini dapat memberi sedikit sinar kegembiraan buat mereka di sana.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2950
Kelmarin3045
Minggu Ini5995
Bulan Ini5995
Jumlah Pengunjung29310612

A- A A+