faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SANTUNI, SUMBANGAN & MAKAN MALAM RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DARUL AITAM MAIK BERSAMA PELITAWANIS TENAGA NASIONAL BERHAD CAWANGAN KLANG

Seramai 85 penghuni Darul Aitam Putera Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) termasuk Darul Aitam Puteri diraikan dalam satu majlis iaitu Program Santuni, Sumbangan & Makan Malam Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam MAIK Bersama PELITAWANIS Tenaga Nasional Berhad Cadangan Klang.

Majlis pada 28 Oktober 2023 itu berlangsung di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji (KIJPSIP).

Rombongan PELITAWANIS seramai 15 orang telah diketuai Yang Berusaha Puan Adhana binti Talip, Pengerusi PELITAWANIS Cawangan Klang.

Majlis tersebut telah dihadiri Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus KIJPSIP, Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK bersama semua kakitangan KIJPSIP.

Pada majlis tersebut, kesemua penghuni Darul Aitam yang diraikan turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper.

Terima kasih kepada pihak PELITAWANIS yang menaja makan malam tersebut dan majlis sebegini digalakkan bagi mengeratkan silaturrahim antara pihak Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam bersama PELITAWANIS di masa akan datang.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini95
Kelmarin3013
Minggu Ini6153
Bulan Ini6153
Jumlah Pengunjung29310770

A- A A+