faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL HALAL BAGI DEWAN MAKAN DARUL AITAM MAIK

Unit Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan saranan dan arahan Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab. Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, telah membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bermula 12 Januari 2023.

Seterusnya pihak Darul Aitam MAIK telah melaksanakan proses-proses berkaitan sehinggalah berjaya dan lulus pengesahannya pada 1 Ogos 2023. Pada 2 November 2023, satu majlis Penyerahan Sijil Halal bagi Dewan Makan Darul Aitam MAIK telah diadakan di Dewan Makan Darul Aitam MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji (KIJPSIP)

Penyerahan sijil kepada Yang Berusaha Ustaz Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus KIJPSIP telah disempurnakan  oleh Yang Berusaha, Muhammad Izzuddin bin Muhammad Rosman, Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan JAHEAIK dan turut dihadiri Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam, MAIK.

Majlis penuh bermakna tersebut turut dihadiri Yang Berusaha Ustazah Arisyah binti Wan Amru, Penolong Pengarah Audit Pematuhan, Bahagian Pengurusan Halal JAHEAIK.

Turut memeriahkan majlis penyerahan ialah Yang Berusaha, Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK, Pembantu Tadbir Kanan Darul Aitam MAIK, semua Pembantu Penyediaan Makanan Darul Aitam MAIK dan Penyelia Asrama Darul Aitam, MAIK.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2120
Kelmarin3045
Minggu Ini5165
Bulan Ini5165
Jumlah Pengunjung29309782

A- A A+