faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN SKIM TETAP MAIK

Program Transformasi Minda Kepada Pegawai dan Kakitangan Skim Perkhidmatan Tetap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah berlangsung selama tiga hari dua malam yang diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu pada 2 hingga 4 November 2023 lalu.

Ini adalah salah satu syarat utama yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan bagi tujuan pengesahan jawatan untuk Skim Perkhidmatan Tetap MAIK.

Program disertai 72 pegawai dan kakitangan Skim Perkhidmatan Tetap MAIK ini adalah dianjurkan dengan kerjasama Itqan Patners Traning & Consultancy yang turut melibatkan penceramah dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu.

Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan aktiviti secara berkumpulan yang menitikberatkan hubungan sesama rakan sekerja, ukhuwah, disiplin dan kepimpinan. Para peserta juga mendapat perkongsian berhubung isu-isu integriti dalam perkhidmatan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fauzan, Penolong Pegawai Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu. Semoga pengisian yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2383
Kelmarin3045
Minggu Ini5428
Bulan Ini5428
Jumlah Pengunjung29310045

A- A A+