faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MESYUARAT PEMILIHAN JAWATANKUASA PENAJA DAN PERJUMPAAN ALUMNI DARUL AITAM MAIK

Pada 10 November 2023 telah berlangsungnya Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Penaja dan Perjumpaan Alumni Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Seramai 39 Alumni Darul Aitam MAIK telah menghadiri mesyuarat tersebut dan beberapa orang lagi menyertainya secara atas talian (Google Meet).

Mesyuarat dan perjumpaan ini diadakan untuk mendapat persetujuan bagi pelantikan Jawatankuasa Penaja Alumni.

Ia juga dilaksanakan bagi mendapatkan persetujuan untuk mengumpul data-data penghuni sejak pengambilan pertama pada tahun 1985 sehingga kini, selain mengeratkan silaturrahim di antara pihak Pengurusan Rumah Kebajikan dan Alumni Darul Aitam MAIK.

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1679
Kelmarin3045
Minggu Ini4724
Bulan Ini4724
Jumlah Pengunjung29309341

A- A A+