faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT MAIK BANTU ISTERI JAGA SUAMI TERLANTAR

Beberapa hari lalu, pihak MAIK telah menyantuni keluarga Rahizan Binti Shamsuddin, 54, di Kampung Wakaf Lanas, Limbongan dekat jajahan Pasir Puteh.

Kami menerima maklumat yang Kak Rahizan tidak dapat bekerja kerana perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada suaminya, Mohamad Bin Jusoh, 74, juga orang kelainan upaya yang menghidap strok. Dia bergantung pada susu yang diberikan menerusi tiub.

Kak Rahizan juga menghidap kencing manis dan perlu rawatan selain bergantung kepada ubat. Kami dimaklumkan perbelanjaan bulanan untuk si suami mencecah RM1,000 sebulan. YA ALLAH banyak yang perlu mereka tanggung.

Kak Rahizan mempunyai 5 anak, 3 daripadanya sudah bekerja. Bekerja sebagai pembantu kedai, kerja di kedai kimpalan dan bekerja sendiri. Dua lagi anaknya masih dalam tanggungan Kak Rahizan. Seorang belajar di Tingkatan 6. Seorang lagi lepasan UPSI dan masih belum bekerja.

Keluarga ini menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun masih belum cukup untuk tampung perbelanjaan mereka. Jadi, pembayar zakat MAIK yang mulia ini telah membantu meringankan beban keluarga ini. Mereka tahu betapa keluarga ini memerlukan bantuan.

Kedatangan kami mewakili pembayar zakat telah menyampaikan berita baik buat keluarga ini. Kami sampaikan hasrat pembayar zakat kami yang akan menampung perbelanjaan bulanan mereka sebanyak RM1,000 sebulan menerusi pemberian bantuan bulanan.

Bukan itu sahaja, kami turut sampaikan Bantuan Perubatan MAIK berjumlah RM3,000.

Terima kasih pembayar zakat MAIK kerana telah memberikan sinar keceriaan buat keluarga ini. Semoga ALLAH SWT menggandakan rezeki kepada kalian. Amin Ya Rabbal Alamin. MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat secara atas talian menerusi zakat.e-maik.my

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1321
Kelmarin3045
Minggu Ini4366
Bulan Ini4366
Jumlah Pengunjung29308983

A- A A+