faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT SUAI KENAL PENGHUNI BAHARU DARUL AITAM MAIK TAHUN 2023 BERSAMA BIRO-BIRO DARUL AITAM MAIK

Pengurusan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Darul Aitam, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Taklimat dan Suai Kenal Penghuni Baharu Darul Aitam MAIK Tahun 2023 Bersama Biro-Biro Darul Aitam MAIK pada 22 Mac 2023.

Taklimat berkenaan telah berlangsung di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Taklimat telah disampaikan oleh AF. Haji Muhamad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar Negeri Kelantan, YS. Mejar (B) Mohd Noor bin Husin (Biro Disiplin) dan YBhg. Datin Hajjah Nik Khatijah@Zubaidah (Biro Pendidikan) Darul Aitam.

Ia diadakan untuk memberikan motivasi dan semangat baru kepada penghuni baharu supaya sentiasa bersemangat dalam pelajaran.

Turut ditekankan kepada para penghuni baharu adalah kepatuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Darul Aitam MAIK.

#DarulaitamMAIK flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1843
Kelmarin5066
Minggu Ini6909
Bulan Ini30590
Jumlah Pengunjung29335207

A- A A+