faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT MAIK RINGANKAN BEBAN BULANAN PESAKIT STROK TERLANTAR

Seorang ibu juga pesakit strok terlantar sejak beberapa tahun bersyukur kerana menerima manfaat wang zakat orang ramai menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Wang zakat ini telah membantu meringankan bebanan bulanan yang ditanggung oleh keluarga ini.

Beberapa hari lalu, kesempitan hidup dialami oleh Wan Sulaiman bin Wan Hamat suami kepada pesakit strok terlantar, Shamsiah binti Yaacub, 77 tahun telah mendapat perhatian pihak MAIK.

Mewakili pihak MAIK, Imam Tua Masjid Ibrahimi Pasir Puteh, Alfadhil Ustaz Rosman Bin Che Harun telah segera turun padang bertanya khabar dan menyantuni mereka di rumahnya di Kampung Kulim Pasir Puteh.

Kehidupan suami isteri ini bergantung harap sepenuhnya dengan bantuan anak-anak. Wang ringgit mahupun belanja harian. Si ayah sudah lanjut usia, kini berumur 88 tahun. Tiada kudrat untuk melakukan kerja berat.

Hasil lawat siasat pada Khamis lalu, pihak MAIK turut menyampaikan bantuan segera untuk perubatan berjumlah RM2,000.

MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat dan pihak yang menginfakkan harta mereka, kerana sumbangan andalah telah memberikan kegembiraan kepada insan memerlukan seperti Puan Shamsiah, Andalah hero sebenar asnaf.

Sempena Ramadan ini, jom rebut peluang menggandakan amal jariah dan sedekah.

#ZakatMAIK

#MAIK2023

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini359
Kelmarin4007
Minggu Ini4366
Bulan Ini102683
Jumlah Pengunjung31558005

A- A A+