faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WANG ZAKAT MAIK BANTU ANAK URUSKAN BAPA TERLANTAR

Seorang warga emas yang terlantar sejak November 2022 kerana menghidap kanser paru-paru dan ketumbuhan otak kini terpaksa diuruskan sepenuhnya seperti seorang bayi.

Pada awalnya dia masih boleh bergerak meskipun agak terbatas, namun keadaannya semakin teruk dan tidak sedarkan diri, akhir April yang lalu.

Nordin bin Yusof, 67 yang tinggal di Taman Perumahan JPN Kampung Kubang Panjang adalah seorang duda. Dijaga dan diuruskan oleh anak bongsu perempuannya, Sabikah bt Nordin, berumur 30 tahun.

Cerita Sabikah, ayahnya kini hanya bergantung kepada susu khas dan diberikan melalui tiup setiap 4 jam sekali.

Bagi Sabikah, mereka menanggung perbelanjaan yang besar dalam menyediakan segala keperluan ayahnya. Susu khas 1 tin mampu bertahan 4 hari sahaja. Ayahnya kena lampin pakai buang dan lain-lain keperluan rawatan.

Baru-baru ini kami dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mendapat tahu mengenai kesusahan keluarga ini. Pihak kami dengan segera telah menyantuni keluarga Sabikah.

Imam Tua Masjid Jamek Sultan Muhammad III Pasir Mas, AF- Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK telah turun padang bertanya khabar selain mendapatkan maklumat mengenai keperluan keluarga ini.

Berkat wang zakat yang diinfakkan menerusi MAIK. Alhamdulillah, keperitan yang ditanggung oleh mereka sekeluarga ini telah mendapat perhatian kami. AF-Ustaz Wan Saifuddin bin Wan Abdul Ghani telah sampaikan sumbangan segera berjumlah RM3,000. Keluarga ini juga dipertimbangkan untuk menerima bantuan bulanan MAIK.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu Sabikah menguruskan bapanya. Insya'Allah.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK kerana zakat andalah dapat memberikan sinar kegembiraan buat insan-insan yang memerlukan.

#ZakatMAIK

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1707
Kelmarin3491
Minggu Ini21369
Bulan Ini21369
Jumlah Pengunjung29325986

A- A A+