faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ZAKAT MAIK BANTU ADIK ARIF TUNAIKAN IMPIAN TUNTUT ILMU DI MESIR

Impian seorang remaja lelaki ingin menyambung pengajian di Mesir, kemungkinan tidak tercapai apabila dananya, tidak mencukupi.

Namun berkat wang zakat kalian semua di luar sana, akhirnya hari ini pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) tampil menghulurkan bantuan segera. Bantu merealisasikan impiannya.

Setelah mendapat tahu adik Ahmad Arif bin Aziz, berusia 20 tahun menghadapi masalah untuk mengumpulkan wang demi mencapai impiannya belajar di Mesir, kami dari MAIK segera turun padang menyampaikan amanah para pembayar zakat kami. Hasrat besar mereka untuk membantu insan-insan memerlukan termasuklah adik Arif yang mahu menuntut ilmu agama ini.

Mengikut apa yang diceritakan anak pasangan Puan Ramlah binti Seman, 60 dan suaminya, Aziz Ismail, 64 itu, dia terpaksa bekerja tiga jenis pekerjaan setiap hari untuk mencukupkan duitnya. Dia bekerja demi merealisasikan impian untuk belajar di Universiti Al-Azhar, dalam jurusan Syariah Islamiah. Dia tidak boleh berpeluk tubuh demi impiannya. Ibu hanya suri rumah, ayah pula menghadapi masalah penglihatan sebelah mata.

ALLAHUAKBAR. Betapa gigihnya kamu, adik Arif. Demi masa depanmu dan kedua orang tua mu. Pagi, dia bekerja di kedai menjual makanan sunnah, kemudiannya mengajar mengaji dan juga mengajar secara atas talian. Itulah rutin anak muda ini. Segalanya dilakukan demi impian. Pun begitu wang masih belum mencukupi.

Ujarnya disamping usaha, dia juga sentiasa berdoa agar impiannya menjadi kenyataan. Alhamdulillah luah adik Arif, ALLAH SWT maha mendengar permintaannya.

Hari ini, pihak MAIK telah menyampaikan berita gembira kepada adik Arif. Pihak MAIK atau sebenarnya, para pembayar zakatlah yang telah merealisasikan impiannya. Kami diwakili Al-Fadhil Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal, bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat mengunjungi adik Arif di rumahnya di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu.

Hari ini kami sampaikan wang zakat berjumlah RM7,000 sebagaimana yang adik Arif perlukan untuk menampung kos tiket, visa dan sebagainya.

Dengan senyuman, adik Arif banyak kali mengucapkan terima kasih kepada MAIK dan pembayar zakat kerana baginya tanpa wang zakat ini, tidak mungkin impiannnya untuk ke Mesir menjadi kenyataan. Dia juga mengucapkan terima kasih berulang kali kerana sebelum ini juga dia pernah menerima Biasiswa Tengku Anis MAIK dan juga mendapat bantuan Program Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK untuk membantu pengajiannya.

Katanya, duit zakat yang diinfakkan oleh orang ramai inilah telah banyak berjasa kepadanya. Ibunya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan telah memberi peluang kepada anaknya belajar di Mesir dengan harapan kembali ke tanah air dan berbakti kepada keluarga serta agama.

Lihatlah, betapa besarnya manfaat wang zakat kalian para pembayar zakat. Betapa banyaknya ganjaran yang diperoleh. Pahalanya berterusan seperti air mengalir.

Apatah lagi wang zakat anda digunakan oleh anak-anak asnaf untuk menuntut ilmu yang bermanfaat. Itulah janji-janji ALLAH. Itulah sebenarnya yang dikejar oleh kita sebagai hamba ALLAH SWT. Mahukan ganjaran pahala berpanjangan meskipun sudah tiada di bumi ini lagi.

"𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻, 𝑨𝑡𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑢 𝑺𝑬𝑩𝑬𝑡𝑨𝑹 𝑨𝑺𝑡𝑨𝑭"

#MAIK2023

#MAIKCaknoSengoti

flickr

www.flickr.com

Β 

Β 

Β 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2159
Kelmarin3491
Minggu Ini21821
Bulan Ini21821
Jumlah Pengunjung29326438

A- A A+